YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Myself

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
-Ahmad Nazim Bin Ab Aziz -16 Tahun -26.03.1997 -Segamat,Johor -http://ask.fm/AhmadNazim (Ask Me) -https://www.facebook.com/AjimStylish (Add Me) -https://twitter.com/ahmd_nazim (Follow Me) -Taken by Nur Madihah Afiqah <3

Monday, November 18, 2013

Aku sedar.

Aku sedar bahawa aku yang salah
Aku sedar bahawa akulah yang punca
Aku sedar bahawa akulah yang menimbulkan masalah
Aku sedar bahawa akulah yang menyakiti orang
Aku sedar bahawa akulah yang buat orang kecewa

Aku sedar bahawa akulah yang buat segala-galanya .

Thursday, November 14, 2013

Aku sekarang.

Aku dah penat. Aku dah tak larat Aku dah tak berdaya Aku dah tak kuat dan Aku dah tak mampu.

Tuesday, October 29, 2013

Broken

Having a broken heart is like having a broken rib . Nobody can see it,but it hurts with every breath.
Good night .

Hakikat

Kita di dalam
Satu bulat yang besar 
Dan tidak boleh keluar daripadanya  

Kadang kita di atas 
Kadang kita di bawah   

Kadang kita gembira 
Kadang kita bersedih

Itulah hakikatnya .
Terima seadanya.

Sunday, October 27, 2013

Saturday, October 26, 2013

Final Exam

Hai Assalammualaikum dah lama tak post cerita baru di blog nih . Almaklumlah sekarang teknologi semakin maju kan ? Hehehe . Ermm . Wechat:ahmd_nazim/Instagram:ahmdnazim . Hikhik . Maju elo maju . Nak apa-apa Wechat atau Instagram je okay. Hahaha lol .
 Pertama sekali , sekarang saya tengah mengduduki Final Exam yang sedang berlangsung selama 2 minggu . Lama kan ? Biasalah dah besar . Tingkatan 4 . Tahun depan Senior sekolah a.k.a Legend Gemereh bagi sayalah . Hohoho . Sudah seminggu peperiksaan dijalankan. Minggu depan minggu terakhir kemudian habis periksa . Wohooo . Pastu bersuka rialah . Kehkehkeh . Tahun depan SPM jadi tahun ini kena enjoy habis . Huhuhu .
 Kedua , sudah beberapa minggu yang lepaslah . Ada Cikgu baru masuk ke sekolah iaitu GPK KOKO baru yang bernama Puan Zaiton Binti *tak ingat*. Hikhik . Dia nih okay bagi saya . Dia dari High School Segamat dan Smk Paduka Tuan . Pada mulanya ingat dia ni macam pengetua sekolah saya. Tapi tak lain daripada yang disangkakan.Dia dah masuk ke kelas saya . Macam biasalah kalau cikgu baru masuk mestilah kenalkan diri . Dia suruh kenalkan diri masing-masing. Sampai giliran saya dia tanyalah nama penuh , tinggal mana,pergi sekolah naik apa , bla bla .
*Kemudian*
Puan Zaiton : Saya nak panggil awak apa ?
Saya : Ahmad cikgu
Puan Zaiton : Okay Ahmad .
 Selepas itu , dia suruh buat baca buku buat apa yang patut . Hehehe . Sebab apa saya suruh dia panggil saya Ahmad? Sebab nanti dia kata kalau di perhimpunan senanglah saya nak panggil awak .
Itu sebab saya suruh dia panggil saya Ahmad . Hehehe . Tak lah ramai yang kenal saya . Kalau Nazim mestilah ramai orang kenal sebab dalam sekolah tu nama saya seorang je yang ada . Maklumlah nama yang RARE . Heeee :D .
 Ketiga , okay tamatlah cerita yang saya mahu kongsikan disini . Goodluck kepada saya Final Exam,PBS,SPM dan STPM . Kepada PMR teruskan berdoa okay . Assalammualaikum . Babai . 

Tuesday, April 9, 2013

iWillMissYou :')

 Assalammualaikum hai , Ahmad Nazim ada cerita nih . Tapi hmmmm mungkin agak menyedihkan bagi saya atau seseorang yang macam saya ini . Kena "chill" . Tapi okay tak apa . Kena terima :') walaupun ia amat menyakitkan betul kan ? :> .

 Okay sebenarnya . Hari Jumaat nih dia akan pergi Kem di Gunung Ledang . Selama 3 hari 2 malam . Jadinya Jumaat,Sabtu,Ahad dia akan balik sini (Segamat) . Pada mulanya saya nak pergi tapi entahlah tak ada kawan , so tak pergilah . Lagi satu saya dah jarangkali pergi perkhemahan nih . Kali terakhir pergi tahun 2011 . Tingkatan 2 . Tapi di Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh sekolah saya -_- . Itu selama 4 hari 3 malam . Best oh! Rindu . Hehehe . Kem Bina Insan .
 

 Yang kem saya pergi tuh campur dengan sekolah-sekolah lain . Tapi tidur dalam khemah budak-budak sekolah saya saja lah . Yang lain kena tidur dengan budak Melayu,Cina dan India . 1 Malaysia . Hehehe . Okay tak apa . Balik kepada cerita sebenar :') . Ada juga ajak kawan tapi diorang nak tak nak je pergi . Jadi tak pergi . Dah cakap dengan mak dah . Tapi macam buat macam  tak dengar je . Jadi tak pergilah . Dia ada tanya dia nak pergi boleh tak . Jadi saya izinkanlah . Walaupun dalam hati sebenarnya tak izinkan . Tapi tak apalah . Dia pergi pun sebab kawan dia ajak . Jadi dia pun pergi . Hmmmmmmmmmmm . Dah dapat bayangkanlah dia di sana macam mana nanti . Semestinya gembira kan :) . Tipulah kalau tak gembira . Kalau nak contact dengan dia mungkin tak dapat sebab dia dalam hutan mungkin line tak ada ataupun phone mesti cikgu ambil . Biasalah kan? Kem . Okay nak pesan pada dia . Jangan nakal-nakal di sana nanti tau sayang :* . Jaga diri . Jaga keselamatan . Ingat dalam hutan jaga mulut jangan "celupor" . Baca doa kalau takut tau sayang . Jangan "hyper" sangat tau . Kena spotting dengan orang . Campur dengan orang tuh . Jangan ikut kepala sendiri je tau. Friendly sikit. Jangan tidur lewat. Itu sajalah :) .
I will miss you sayang :* IWMYS ! :')
 

Tuesday, March 26, 2013

Thank you cause make me happy

Assalammualaikum , hai awak-awak semua :D . Heee . Ehem-ehem . Dah berapa bulan tak ada cerita kan ? *rindu tak?* Hehehehe . Tolong katakan rindu pada saya.Tak salah pun nak rindu-rindu nih. Ehehehehe aummmmmmm .

 Semalam hari kelahiran saya yang ke-16 tahun.Hehehe.Dah tua ke muda ke semakin hensem ke semakin comel? Haaaaa *pilih pilih dan jujur* Tak baik menipu . Allah tahu . Hikhik .

 Tak ada yang istimewa pun sebenarnya.Cuma biasa-biasa. Tak apalah tak kisah pun . Saya cuma syukur pada Allah S.W.T :).Syukur kerana korang semua telah "wish dan doa" pada saya :) . Cukuplah walaupun itu sahaja kan kan ?

 Mak saya bagi apa ? Mak saya cuma belikan makanan dan bawa balik daripada KFC . Ada ayam , cheezy wedges , burger apa ek nama dia ? Hehehehe . Saya tahu makan tapi tak tahu nama gelaran burger itu. Yang penting kenyang . Alhamdulillah . Amin . Syukur . Walaupun KFC sahaja . Tak apalah saya tak kisah :) . Hikhik .

 Sepanjang pada tarikh 26 Mac 2013 . Berjaga daripada pukul 12.00 AM sehingga 5.00 AM . Akhir sekali tidur . Bangun ? Bangun pukul 12.00 PM . Hehehehe . Online -> mandi -> makan . Sarapan dah jadi makan tengahari itu memang perkara biasa pada masa cuti kan ? Macam korang juga kan? *tolong anggukan kepala :P .

 Kemudian jam 3.30 PM bergerak ke futsal taman yayasan dengan menaiki motor . Main-main sampai pukul 5.30 PM . Friendly dengan team BJ.Jr dan Spirit FT . Hehehe . Main dua gol keluar . Macam biasa . Main 2 jam . Sorang keluar Rm 3 . Habis melayang Rm 3 saya . Tapi tak apa :3 .
Pastu main futsal di Taman Laksamana . Saya tahu walaupun anda orang Segamat . Ada juga yang tak tahu . Hikhik :P . Main-main sampai pukul 7 lebih . Balik rumah -> masuk bilik -> pergi dapur -> ada makanan dari KFC dan coolblog mak beli :) . *dalam hati dah agak dah* Pastu mandi . Online

 Jam 8.30 PM budak nih datang rumah . Ajak main futsal pada jam 9.00 malam . Siap-siap .Pergi naik motor ke rumah Jebon .Mula-mula nak naik motor pergi ke belakang shell . Sekali pergi naik kereta dia 6 orang . Dah sampai ke belakang shell penuh . Tak boleh main . Yang dah sampai dulu Botak,Acu,Haikal,Edy dan Shabil .Bincang-bincang.Naik tujuh orang dalam kereta wira.Balik rumah Jeobn tukar kereta pulak.Naik kereta naza.Pemandu Tok Ie.Yang naik kereta Tok Ie,Paan,Botak,Acu,Haikal,Shabil,Aku dan Afiq.Yang naik motor Jebon,Edy,Nizam dan Ajat . Pergi ke Taman Yayasan . Dapat main akhirnya :D . Hehehe . Main dalam 1 jam . Main cuma suka-suka .Nak main futsal nih rancang pada maghrib.Lepas dah habis main dalam pukul 11.35 PM . Balik . Minum di Kedai Mek .

 Okay tamatlah sudah cerita saya okay . Hehehehe. Saya gembira sepanjang 26 Mac 2013 :) . Terima kasih kawan kerana telah membuatkan saya gembira . Walaupun tak rapat dan tak selalu jumpa Jebon,Nizam,Tok Ie,Shabil dan Edy. Assalammualaikum .



 

Wednesday, February 27, 2013

Maafkan saya :')

Dear Nur Madihah Afiqah Binti Faizal , maafkan saya untuk segala-galanya atas apa yang saya pernah lakukan pada awak . Maafkan saya jika saya bukan terbaik untuk awak :'). Maafkan saya kerana tak kisahkan awak . Maafkan saya kerana tak pentingkan awak . Maafkan saya kerana tak mampu jaga hati awak . MAAFKAN SAYA :') .