YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Myself

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
-Ahmad Nazim Bin Ab Aziz -16 Tahun -26.03.1997 -Segamat,Johor -http://ask.fm/AhmadNazim (Ask Me) -https://www.facebook.com/AjimStylish (Add Me) -https://twitter.com/ahmd_nazim (Follow Me) -Taken by Nur Madihah Afiqah <3

Wednesday, November 14, 2012

Sudah lama ..........

Assalammualaikum semua ! *jerit kuat-kuat* Jawab salam itu , kalau tidak jawab dosa tau tau tau . Hehehe . Lama sudah saya tidak berblogging . Maklumlah saya ini kan calon PMR 2012 . Tapi sekarang saya sudah jadi bekas calon PMR 2012 buat selama-lamanya kan kan kan? . Sibuk study dan lain-lain . Study ke ? Hahaha . Bukan study je . Macam-macamlah aktiviti sepanjang tahun 2012 nih . Sebenarnya saya sudah aktif di lama sosial twitter . Korang yang baca post ini ada twitter ke ? Kalau ada follow lah saya @Nazim_Stylish okey . Nak kenal rapat ? Mention saja okey . Pandai follow pandai mention eh ? Hikhik . Kalau saya nak cerita apa yang berlaku sepanjang tahun ini memang tak banyak ingat lah kan . Cerita jugalah aktiviti yang dijalankan bagi tahun 2012 boleh kan ? Tapi ringkas dan padat eh ? Hahaha . Ok-ok . Layankan aje lah . Bulan 1 ? Belajar seperti pelajar sekolah menengah . Hehehe :D . Bulan 2 ? Saya sudah mula kelas tuisyen petang . Balik jam 3.30 ada . 4.30 pun ada . Selain itu,saya juga main SEPAK TAKRAW BAWAH 15 TAHUN untuk sekolah saya dan saya dan kawan-kawan telah mendapat tempat pertama serta mewakili SEGAMAT . Selepas itu saya ada latihan SEPAK TAKRAW mewakili SEGAMAT di Sekolah Menengah Vokasional Segamat . Sesi itu dijalankan selama seminggu . Selepas sudah habis latihan . Pada minggu depan itu saya telah pergi ke Pontian untuk bertanding di sana . Sekolah jenis kebanggsa cina apa tah . Tak ingat . Pasukan SEGAMAT kalah T_T . Tak apa-tak apa tahun depan ada lagi kan ?. Okey . Balik semula ke cerita yang sebenar . Siapa yang berumur 14 tahun , tahun nih . Siap sedialah untuk tahun hadapan yaaa :D . Hikhik . Bulan 3 ? Hari jadi saya . Korang tak kesian pada saya ke untuk bagi hadiah ? Tak apa tahun depan saya tuntut hadiah-hadiah korang nak tapi takut nak bagi macam future wife saya sekarang :) okey . Hikhik . Harap dia baca ? Bukan setakat dia baca sahaja , malah dia stalk bloh saya tau walaupun saya sudah lama tidak berblogging nih . Hikhik . Okey-2 . Bulan 4 ? Saya SINGLE pada minggu ke-3 . Dan masa itu juga saya masih aktif lagi dalam mengayuh FIXED GEAR nih . Hehehe . Masa itukan future wife saya sekarang nih . Dia tengah usha-usha saya eh ? Tah lah betul ke tidak . Sebab dia dah ceritakan segala-galanya tak tahu kalau ada simpan lagi . Saya rasa tiada lagi kan SAYANG ? . Bulan 5 ? Pada minggu ke-3 22.5.2012 . Hati saya telah di bawa lari oleh Nur Madihah Afiqah Binti Faizal . Sebab ...... Hehehe . Tak boleh cerita benda yang sebenarkan SAYANG . Ini antara ALLAH , saya , dia dan kawan-kawan dia kott . Bulan 6 pula ? Sekolah saya ada HARI KOPERASI dan HARI TERBUKA masa hari itu juga pertama kali saya ada dating dengan dia . Hehehe . Pada Bulan 7 ? Apa yang berlaku ? Sekolah saya ada buat HARI SUKANTARA . Hehehe . Saya ada masuk acara 1500M . Dan saya telah mendapat tempat ketiga . Dan saya juga rumah HIJAU iaitu PERKASA sama dengan dia :) . Tapi acara lain-lain dan ada hari yang tak sama . Pada 27 July saya dan kawan Tingkatan 3 ada pergi ke UITM program SKOR A khas untuk  pelajar yang menduduki PMR dan SPM bagi tahun 2012 dan masa itu masa kita BERPUASA bagi umat islam . Bulan 8 ? Hehehe . Kita sambut RAYA AIDILFITRI 2012 . Korang sambut di mana ? Saya sambut di rumah saya . Bulan 9 ? Pelajar tingkatan 3 ada PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012 . Kami periksa di dalam dewan yang sungguh panas . Bulan 10 ? Sekolah saya ada sesi pergambaran kelas/unit beruniform/kelab/guru-guru/rumah sukan . Pelajar tingkatan 3 mengambil PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 . Tak ingat tarikhnya  . Bulan 11 ? Pelajar tingkatan 1,2, dan 4 ada peperiksaan akhir tahun . Hahaha . Masa bulan nih kami ada PROGRAM SELEPAS PMR . Cikgu kata tahun-tahun sebelum ini semuanya lama . Tapi tahun ini sekejap saja selama 15 Hari . Hmmmm :/ . Lepas itu cikgu tak ada bawa kami ke rombongan yang jauh-jauh sedih tau . Cikgu kata mungkin tahun depan kott . Tak apa-tak apa . Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan kawan-kawan ? Bulan ini 11 juga pelajar tingkatan 5 ada SIJIL PELAJARAN MALAYSIA . Yang telah berlangsung pada minggu lepas dan juga semua pelajar-pelajar kecuali calon SPM telah mula CUTI SEKOLAH sehingga Bulan 12 ? Saya dan keluarga mahu pergi bercuti . Hehehe . Okey sampai di sini saja . Babai . Assalammualaikum semua :) .