YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Myself

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
-Ahmad Nazim Bin Ab Aziz -16 Tahun -26.03.1997 -Segamat,Johor -http://ask.fm/AhmadNazim (Ask Me) -https://www.facebook.com/AjimStylish (Add Me) -https://twitter.com/ahmd_nazim (Follow Me) -Taken by Nur Madihah Afiqah <3

Monday, December 10, 2012

Holiday 2012

Menara Condong Teluk Intan,Perak
Hai , Assalammualaikum semua . 1 Malaysia *whoaaa* hahaha . Pada Rabu minggu lepas iaitu pada5.12.2012 - 9.12.2012 pada hari Ahad . Saya pergi bercuti ke Perak . Tak sangka dapat pergi Perak . Huhu . Tambah pula Tahun 2012 nih tahun VISIT Perakpulak tuh hewhew . Destinasi saya pergi ialah ini dia --> Seremban —> Mantin —> Lumut —> Manjung —> Pulau Pangkor —> Teluk Batik —> Teluk Intan —> Kajang —> Nilai —> Seremban —> Segamat(Rumah) . 5 days  . Best . Seremban tidur rumah makcik pada hari Rabu.Pada hari Khamis pergi Mantin selesaikan hal akak saya . Lepas je selesaikan hal dia . Kami pun bergerak ke Lumut,Perak . Mengambil masa 7 jam . Sangatlah lama,sangatlah lauh dan sangatlah dalam hotel itu . Fuhhh . Sesat barat tahu tak ? *tak payah tahu pun tak apa* Sebab , maklumlah tak pernah kan . Jadi rilex je lah . Hikhik . Kami bertolak daripada Mantin jam 11.32 A.M dan sampai ke Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut pada jam 5.32 P.M gitu lahh . Fuhhh . Lama kan kan ? Lepas je sampai di Hotel itu . Pergi ke lobby hotel tuh amik kunci dan angkat barang ke dalam apartments tuh . Sebenarnya di situ ada tiga tempat tinggal iaitu 1.Hotel 2.Villa/Banglo 3.Apartments . Kemudian , saya dapat no.3 iaitu Apartments boleh lah tempat dia . Besar lah juga . Ada dua katil . Satu bilik air . Tv LCD . Tiada Astro dan tiada Wifi *cedih* cuma ada hanya 4 siaran . Fuhhh . *kedekut* Tapi syukur . Hikhikhik . Lepas dah angkat barang ke dalam apartments tuh . Tukar baju dan seluar . Booooommmmmmmmm! Mandi kolam hehehe . Itulah saat yang seronok . Kerana dapat backflip ke dalam kolam . Awak yang tengah baca nih reti ke buat backflip ? Hehehe *berlagak* haha . Haa ? Nak tanya awak yang tengah baca nih *jawab dalam hati tau* reti berenang ? Saya reti . Hehe . *berlagak* . Mandi dalam 35 minit gitu . Lap lap . Masuk apartments . Mandi air bersih dalam apartments tuh . Nak keluar pergi bandar dia ? Memang tak lah kan . Tak tipu tak bohong memang jauh sangat . Dalam 35 km gitu . Jauh tak ? Semestinya jauh kan . Huh ~ . Makanan bawa daripada rumah . Keesokkan harinya iaitu hari Jumaat . Saya pergi ke Pulau Pangkor ! *jerit kuat kuat* Jam 8.30 dah keluar daripada apartments . Sarapan di kedai mamak . Dappppppppp makan roti telur dan air ape ek ? *tak ingatlah* . Hehehe . Pastuuu , pergi ke kaunter tiket untuk ke Pulau Pangkor dan terus naik feri pada jam 10.15 A.M ! . Dah lama tak naik oh! . Pusing di sana dengan menaiki kereta proton yang sudahpun di sewa . Hehehe . Jalan di sana memang mencabar . Naik bukit , turun bukit yang sangat tinggi fuh . Ikut peta yang di bagi , dah lah tak jelas lol  . Ikut punya ikut . Masuk jalan mati , kemudian kami dalam kereta terkejut kerana anjing 4 ekor datang pada kereta kami dan menyalak pulak buka tingkap separuh cepat-2 naik kan tingkap huh . Hehehe . *kenangan tuh awak ada?* Pastu patah balik . Tanya penduduk di sana . Kemudian jumpa ke pangkal jalan sebenarnya . *selamat* Dalam pukul 11.45 A.M . Kami minum di sana . Pastu gerak dalam pukul 12 lebih . Pusing-2 tengok pulau yang cantik belaka air yang jernih . Huhu . Dalam pukul 1 lebih . Kami hantar kereta sewa tuh dan jalan kaki beli hasil laut,baju,makanan seperti satay ikan dll di Pekan Pulau Pangkor itu . Lepas sudah saja beli barang-2 kami pun naik feri dalam pukul 2.45 P.M . Naik je feri tengok tempat duduk dah penuh huh~ . Dan saya dapat duduk di sebelah orang putih . Tak tahulah daripada negara mana . 45 minit mengambil masa untuk kembali ke tanah besar . Fuhhhh~ . Dan dalam feri tuh saya mengantuk dapat lelapkan mata gitu gitu je . Selepas turun daripada feri kami pun pergi ke kedai-2 tepi jalan di Manjung beli lagi barang yang sama. Pulak di Manjung itu lagi murah daripada Pulau Pangkor punya . *kwaja* . Tapi takpe sebab dah beli. Kita mana tahu . Kitakan pelancong  . Huhuhu . Pastu pergi makan di AEON/Jusco yang baru bukak pada 2.12.2012 . Baru lagi tau . Huhuhu . Makan di Chicken Rice Shop *nyum-2 sedap kan?* . Makan taulah kan makan apa . Air order 3 layer tea . Perhhh! air itu memang sedap . Manis . Pastu order Pizza untuk makan malam di Apartments . Tunggu Pizza lama . Saya , mak saya dan adik saya pergi ke Al-Ikhsan dalam tuh . Beli bola saiz 3 PUMA . Murah je Rm 19 . Sebab ada YES - Year End Sale . Dalam pukul 5 lebih gitu singgah ke Teluk Batik beli baju Teluk Bantik dan Jersi Manchester United !.Pastu balik ke Apartments sampai dalam pukul 6.45 PM . Nak mandi kolam dah tak sempat . hahaha .Mandi bilik air biasa . Tengok tv pastu tidur . Pada hari Sabtu . Bangun pagi pada pukul 8.00 A.M tukar baju dan seluar terus mandi kolam . Kedebushhhhhhhhhhh! . hehehe . Dapat buat backflip lagi . hehehe . Lama lah juga mandi dalam satu jam setengah . Kemas-2 barang dalam 1 lebih gitu . Pastu keluar daripada bilik jam 10.30 A.M . Hantar kunci di lobby . Kemudian gerak dan singgah ke Teluk Intan . Pergi ke Menara Condong dan gambarnya di atas *dah edit* .Hehehe . Kalau tak singgah bila lagi kan nak pergi ? Huhuhu . Lepas bergambar disitu . Pergi makan di depan menara condong itu . Iaitu medan selera Teluk Intan . Pesan makanan Nasi Goreng Kampung dan ABC . Huhuhu . Lepas dah makan semua . Kami pun gerak balik ke Seremban . Dalam pukul 1 lebih kami naik highway . Huhu . Pastu singgah pulak ke Kajang . Maklumlah sebelum nih nak pergi tak dapat .Akhirnya dapat juga . Dan dapat makan satay kajang woott ! Order lagi ABC . Sedapppp siap letak aiskrim keladi lagi .Hewhew . Pastu ada benda seram terjadi . Mangkuk kuah aku bergerak 1.Saya perasan 2.Saya dan Makcik saya perasan . Fuhhh . Saya raba bawah meja tak ada apa apa . Kemudian angkat mangkuk tuh pun tak ada apa apa . Pastu tak ada gerak lagi . Pas dah makan pe semua . Kami pun gerak balik . Singgah pulak ke Nilai . Hehehe . Ke Giant . Sebab mak nak cari barang . Pastu beli baju di FOS murah tau tak . 4 untuk RM 50 . Saya pun belilah baju  . Hehehe . Pastu baru gerak balik ke Seremban . Akhirnya sampai juga di Seremban pada pukul 7 lebih . Pastu pada pukul 8.25 P.M saya,kakak sedara dan kakak saya pergi tengok wayang di AEON/Jusco di Seremban 2 . Huhuhu . Tengok cerita Sepah The Movie . Mula pada pukul 10.15-12.15 . Huhu . Best cerita tuh . Tak tengok lagi ? Pergi tengok sendiri okey . Memang lawak habis . Pastu pusing-2 seremban . Sampai rumah pada pukul 1 lebih . Tengok tv pastu tidur . Esoknya bangun mandi-2 , kemas barang pastu gerak balik ke Segamat dan sampai pada pukul 12 lebih tak silap . Okey sampai di sini sajalah . Babai . Hehehe Have a nice holiday ya guys !

Tuesday, December 4, 2012